Tuesday 4 June 2013

Berbekam punya hal...

ok..hari ni ada mood nak bercerita pasal berbekam pulak..

Ceritanya bermula begini..

Alkisah hubby ku complaint sakit tapak kaki memanjang..sampai tak boleh berpijak langsung especially kalau bangun pagi.. sakit pulak betul betul kat tengah tapak kaki tempat yang lengkung tu..
So, aku ni sebagai isteri yang mithali (ehem) usahakan pelbagai benda..di antara nya (bukan mengikut aturan sebenar)- :

1) membebel dengan jayanya depan muka dia nak menunjukkan aku ni CARING & SAYANG sangat kat dia.. bebel "awak ni tak jaga pemakanan", "awak ni suka minum air coke", "awak ni suka mandi malam malam buta", "awak ni suka tido tak pakai selimut padahal aircond full blast" dan lain lagi kalau aku list down korang pon tak tahan nak dengar

2) beli segala makanan kesihatan seperti teh hijau, vitamin B12, oats dan segala bagai lagi benda yang aku baca kat internet yang boleh kurangkan sakit dia

3) pergi jumpa doctor & doctor advise benda yang sama seperti di atas..habis2 sangat dia bagi painkiller..bila makan painkiller ok lah tapi lepas habis ubat jadik lagi...

4) beli footpatch ntuk hilangkan toxin..tapi aku rasa benda tu menipu jeklah..aku rasa..jangan sentap pulak sesiapa yang memang pakai dan jual benda ni k..peace

semua perkara di atas diusahakan dan tak berhasil..so kehidupan berjalan seperti biasa..Hubby tetap bangun pagi terhencut-hencut sebab sakit kaki..

tiba2 satu hari ni aku pergi beli groceries kat salah satu shopping mall kat sini..ternampak tempat urut kaki..so aku suggest la kat Hubby... dia pun cuba lah..."wuihhh bagus dia urut kaki & murah pulak RM35"..aku pun happy ler sebab Hubby ku happy..heheheh sebab dia ni selalunya grumpy (hehehe sorry la kalau awak terbaca ni..ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki)

lepas habis urut kaki tu dia suggest berbekam kat Hubby aku sebab dia kata Hubby aku banyak acid dalam badan..kalau translate ke dunia medical nak jadi gout lah ni katanya..dia kata bekam boleh keluarkan darah kotor dan acid...aku tiba2 terpacul pulak "oklah tu buang darah kotor..so for the first time you'll have your PERIOD heheheheheeh"...

so hubby aku pun masukla bilik berbekam..aku ikut sekali sebab tak pernah tengok & semangat "kepohci" aku memang tinggi pada masa tu.. dia suruh hubby aku baring meniarap..dia pun baca doa apa yang patut & sapu minyak lavender..so Hubby aku dah tenang rasa nak tido but aku ada la sedar kat sebelah dia...

Then baru dia buka bicara " encik, kita nak mulakan berbekam ni..kalau ikut sunnah nabi saw pun untuk sembuhkan penyakit baguslah berbekam walaupun sekali seumur hidup"..wow bagus betul..at least dapat la Hubby ku ni berbekam walaupun sekali, getus hati kecilku..
"kita elok kalau pertama kali ni bekam semua system dalam badan barulah betul betul sihat & mujarab" ok..aku angguk sebab betullah kata dia..nak sihat kan..aku angguk lagi..

"bekam penuh 40 mangkuk satu belakang, satu mangkuk bekam kita RM20"...
WHAT THE WHAT???????!!!!! brain calculator aku tiba2 malfunction...
"RM20 semangkuk???!!! berapa ringgit tu????" dalam nada nervous...
dia jawab dengan tenang "RM800 puan"...
mak aiiiiiii...mahalnyaaaaaaa...tapi aku control lagi sebab hubby aku dah terbaring dan berminyak kat atas tilam dia..& hubby aku pun kata takpalah it's worth to try...lagipun kami ni memang tak pernah tahu rate berbekam ni...menyesal tak tanya dulu...kalau nak bangun dan pergi macam segan pulak..dahla tu memang tempat aku beli groceries..2-3 hari sekali mesti lalu kedai dia...

berbekamlah dia selama setengah jam...so total 40 mangkuk bekam ngan urut kaki RM835...
MAHAL TUHHH..aku masih tak tau apakah ni rate semasa ataupun aku dah kena pow dengan hebatnya oleh pakcik bekam ni...Hubby aku pun sakit kaki dia masih ada lagi di tambah perit bekam kat belakang badan..kesian dia..wallet pun dah kurang RM835...

so moral of the story..

1) pergilah hospital tak kira la hospital kerajaan atau swasta...kalau RM835 tu dah boleh pergi hospital swasta yang canggih manggih..biar doctor buat pemeriksaan dan ujian yang sepatutnya untuk detect penyakit apa..selebihnya tawakkal & doa..(free je tu)

2) aku rasa aku nak pegi belajar berbekam yang aku rasa taklah selama mana aku belajar untuk ambil degree aku ni, dan bukak kedai bekam yang aku rasa tak semahal aku bukak perniagaan aku sekarang, dan berniaga bekam yang aku boleh charge 10X-20X ganda lagi mahal dari apa yang aku charge customer aku sekarang...

Best BB Cream ever!!!! It healed my acne.

When BB creams are first introduced commercially (you know when they are not only prescribed to post-laser treatment patients) I officially dumped my foundations for good. Be it liquid or powder. Why do you need foundation when you have all the things you need in one bottle? Well, they even claimed they have healing, whitening, anti wrinkle brightening and other otherworldly properties that can make any Sally looks like a korean pop star.
So this is my very very long journey to finding my HG BB cream..I warn you..it's really loooooooong...
After searching the internet I learnt that the best BB cream are from korea. They are the ones that started this BB cream craze & now everyone wants to look like that "full house" girl. Amongst the famous brands are dr.jarts, misscha, skin79 but these brands will burn a hole through your pocket...well, MY pocket at least.
So I went for a more modestly priced BB cream from korea..etude house..
I tried the BB cream with mushroom extract..forgot the exact name..
I caused me to break up BIG time. I applied it in the morning & VOILA! A huge zit popped out at noon.
To cut things short...etude house's BB cream didn't work, so did many others that I've tried...
Then one day  I saw this advert on TV. Garnier BB cream with SPF and the price is very affordable. So, I just gave it a shot.
And you know what? I did NOT break me out at all..and it even calms my existing pimples ( my skin are very "pimplish" to start with- I have adolescent acne that cling on to me to adulthood)..and suprisingly for me this BB cream actually does what it claims to do..brightening & lightening my skin over time and it also healed my pimples..sounds unbelievable doesn't it?
This BB cream is like my MIRACLE CREAM..I just wash my face with GARNIER acnofight face wash for MEN (yup. For men!. At the age of 30 I realized that I'm a gorgeous women with facial skin of a man LOL..but it worked for me..together with the BB cream I found the perfect combo for my skin)..after washing the face, I pat it dry and just slather the bb cream on bare skin. No need for moisturiser & sunblock and the result is radiant glowing skin.
My skin are now pimple free (Yeay!) And I can wear blusher now!!! (I can never wear blusher then. I looked hideous wearing blusher with that many pimples on my cheeks) And I'm into my 15th tube of garnier BB cream..
Sooooo happy!!!!

Sunday 2 June 2013

Ayam masak kicap...paling sedap di dunia :)

Bahan-bahannya

1 ekor ayam
(Dipotong sederhana kecil..yelah! Takkan korang nak masak ayam kicap pakai ayam sekor tergolek2 macam turkey kan..)

1 biji bawang besar (bawang yang warna merah purple tu, jgn bawang yg kulit kuning isinya putih)
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Kulit kayu manis (1 kayu)
Cengkih (5 biji)
Buah pelaga (2biji)
Bunga lawang (1 bunga)
Lada hitam biji (8 biji diketuk biar pecah sikit jangan tumbuk lumat..kasi PECAH jek..baru ada seni hehehheh)
Lada kering 3 keping (buang tangkai..cukup..tak payah dipotong bagai lada kering tu..jangan terlebih rajin...buang tangkai dah cukup)

6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang..yg botol merah!!!!
1 sudu besar mayonis lady's choice (terkejut?!!!..siapkan ajelah mayonis tu...gerenti tak menyesal)
Serbuk lada sulah ajishio
Garam (kalau lidah korang memang betul2 kuat masin tambahla sikit garam tapi biasanya kicap dah cukup masin)

CARA MEMASAK

ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best..hanyir tau tak!!

Tumbuk dalam lesung sampai lumat semua bawang besar, bawang putih & halia..kalau korang rasa otot lengan korang tak kuat/korang takde batu lesung/korang memang malas...kisar jelah pakai blender...tapi aku suka tumbuk pakai lesung..baru jiran sebelah menyebelah tau yang aku ni memasak jugak kat rumah heheheh

Ok..sekarang panaskan minyak dalam 5 sudu besar dalam periuk non stick korang...periuk biasa pon boleh la..
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, lada hitam & lada kering..tumis sampai naik bau..biasa sekejap jek..jangan sampai berasap ye kak..hangit nanti!!

then, masukkan bahan yg dah ditumbuk/kisar tadi.. tumis sampai garing..kalau kisar pakai blender keba tumis lama sikit sebab ada air kan....

Masukkan ayam yang dah di goreng.

Tambah kicap

Masukkan air sampai tenggelam semua ayam..bukan sampai penuh periuk ok..level ayam jek..kalau banyak sangat hancur ayam korang nanti...

Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memanga air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..

Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..

Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Nanti bila aku masak ayam masak kicap ni aku akan upload macam mana rupa dia..ni tengah2 malam buta tiba2 terasa lapar..so daripada aku menambah kilogram pada padan & inci pada seluar jeans biruku aku tulisla resipi ni sambil membayangkan ayam masak kicap & nasi herba ponni yang tengah panas berasap..

first time blogger blogging....

First thing first..

why do I want to become a blogger & why today?

well, i had a premonition earlier today and it showed me that i will become very successful and this is how it will work for me...

Me become a blogger...millions read my blog...I got big sponsors coming from only GOD knows where & became a brand embassador...me be filthy dirty RICH!!!!! hehehehe...NAHH!!! that's too MICHELE PHAN!

lets do this again.. why a blogger?

honestly nothing THAT big...i just have a lot on my mind and my brain compartment can't keep up....
so..blogging it is..

what will I blog about?

well, mostly anything & everything that I have knowledge of. FOOD, TRAVEL,
BEAUTY, HEALTH, FASHION......FEELINGS (huh?).. you name it, I"ll blog about it....LOL now i'm well over myself..needs to add a bit of self modesty here..
Like I said..i'm a first time blogger & this is my first post..
I'f you're reading this then I can say I have SUCCEED!!!! hehehhehehehe thanks..