ok..hari ni ada mood nak bercerita pasal berbekam pulak..
Ceritanya bermula begini..
Alkisah hubby ku complaint sakit tapak kaki memanjang..sampai tak boleh berpijak langsung especially kalau bangun pagi.. sakit pulak betul betul kat tengah tapak kaki tempat yang lengkung tu..
So, aku ni sebagai isteri yang mithali (ehem) usahakan pelbagai benda..di antara nya (bukan mengikut aturan sebenar)- :
1) membebel dengan jayanya depan muka dia nak menunjukkan aku ni CARING & SAYANG sangat kat dia.. bebel "awak ni tak jaga pemakanan", "awak ni suka minum air coke", "awak ni suka mandi malam malam buta", "awak ni suka tido tak pakai selimut padahal aircond full blast" dan lain lagi kalau aku list down korang pon tak tahan nak dengar
2) beli segala makanan kesihatan seperti teh hijau, vitamin B12, oats dan segala bagai lagi benda yang aku baca kat internet yang boleh kurangkan sakit dia
3) pergi jumpa doctor & doctor advise benda yang sama seperti di atas..habis2 sangat dia bagi painkiller..bila makan painkiller ok lah tapi lepas habis ubat jadik lagi...
4) beli footpatch ntuk hilangkan toxin..tapi aku rasa benda tu menipu jeklah..aku rasa..jangan sentap pulak sesiapa yang memang pakai dan jual benda ni k..peace
semua perkara di atas diusahakan dan tak berhasil..so kehidupan berjalan seperti biasa..Hubby tetap bangun pagi terhencut-hencut sebab sakit kaki..
tiba2 satu hari ni aku pergi beli groceries kat salah satu shopping mall kat sini..ternampak tempat urut kaki..so aku suggest la kat Hubby... dia pun cuba lah..."wuihhh bagus dia urut kaki & murah pulak RM35"..aku pun happy ler sebab Hubby ku happy..heheheh sebab dia ni selalunya grumpy (hehehe sorry la kalau awak terbaca ni..ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki)
lepas habis urut kaki tu dia suggest berbekam kat Hubby aku sebab dia kata Hubby aku banyak acid dalam badan..kalau translate ke dunia medical nak jadi gout lah ni katanya..dia kata bekam boleh keluarkan darah kotor dan acid...aku tiba2 terpacul pulak "oklah tu buang darah kotor..so for the first time you'll have your PERIOD heheheheheeh"...
so hubby aku pun masukla bilik berbekam..aku ikut sekali sebab tak pernah tengok & semangat "kepohci" aku memang tinggi pada masa tu.. dia suruh hubby aku baring meniarap..dia pun baca doa apa yang patut & sapu minyak lavender..so Hubby aku dah tenang rasa nak tido but aku ada la sedar kat sebelah dia...
Then baru dia buka bicara " encik, kita nak mulakan berbekam ni..kalau ikut sunnah nabi saw pun untuk sembuhkan penyakit baguslah berbekam walaupun sekali seumur hidup"..wow bagus betul..at least dapat la Hubby ku ni berbekam walaupun sekali, getus hati kecilku..
"kita elok kalau pertama kali ni bekam semua system dalam badan barulah betul betul sihat & mujarab" ok..aku angguk sebab betullah kata dia..nak sihat kan..aku angguk lagi..
"bekam penuh 40 mangkuk satu belakang, satu mangkuk bekam kita RM20"...
WHAT THE WHAT???????!!!!! brain calculator aku tiba2 malfunction...
"RM20 semangkuk???!!! berapa ringgit tu????" dalam nada nervous...
dia jawab dengan tenang "RM800 puan"...
mak aiiiiiii...mahalnyaaaaaaa...tapi aku control lagi sebab hubby aku dah terbaring dan berminyak kat atas tilam dia..& hubby aku pun kata takpalah it's worth to try...lagipun kami ni memang tak pernah tahu rate berbekam ni...menyesal tak tanya dulu...kalau nak bangun dan pergi macam segan pulak..dahla tu memang tempat aku beli groceries..2-3 hari sekali mesti lalu kedai dia...
berbekamlah dia selama setengah jam...so total 40 mangkuk bekam ngan urut kaki RM835...
MAHAL TUHHH..aku masih tak tau apakah ni rate semasa ataupun aku dah kena pow dengan hebatnya oleh pakcik bekam ni...Hubby aku pun sakit kaki dia masih ada lagi di tambah perit bekam kat belakang badan..kesian dia..wallet pun dah kurang RM835...
so moral of the story..
1) pergilah hospital tak kira la hospital kerajaan atau swasta...kalau RM835 tu dah boleh pergi hospital swasta yang canggih manggih..biar doctor buat pemeriksaan dan ujian yang sepatutnya untuk detect penyakit apa..selebihnya tawakkal & doa..(free je tu)
2) aku rasa aku nak pegi belajar berbekam yang aku rasa taklah selama mana aku belajar untuk ambil degree aku ni, dan bukak kedai bekam yang aku rasa tak semahal aku bukak perniagaan aku sekarang, dan berniaga bekam yang aku boleh charge 10X-20X ganda lagi mahal dari apa yang aku charge customer aku sekarang...
No comments:
Post a Comment